Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Sudah Hantar ‘LOD’ Kepada Bekas Isteri, Minta Buat Permohonan Maaf Dalam Tempoh Tujuh Hari

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 4:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Jay Iswazir sudah menyerahkan notis tuntutan atau ‘LOD’ (letter of demand) kepada bekas isterinya, Fatimah Azzahra Ahmad ekoran tindakan pelakon itu didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

Difahamkan, menerusi sebuah kenyataan, Azzahra diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor berusia 42 tahun itu bermula tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.

image is not available

Jika Azzahra enggan berbuat demikian, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi.

Menurut OhBulan!, notis tersebut dikeluarkan berhubung kenyataan dibuat Azzahra baru-baru ini mendakwa pelakon itu telah mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.

image is not available

image is not available

Azzahra turut mendakwa Jay culas membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.

Sebelum ini, Azzahra mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas didakwa dikasari oleh suaminya dan diminta untuk menggugurkan kandungannya.

image is not available 2 weeks ago

“Atas Nasihat Semua Yang Ambil Berat...” - Dituduh Fitnah Bekas Suami, Azzahra Ahmad Buat ‘Cover Report’