Dakwa Diraba & Dipaksa Tonton Video Lucah, Rina Harun Bakal Panggil Aqish & Bapa Untuk Siasatan

Entertainment
5 Sep 2022 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terdahulu, viral di media sosial memperkatakan mengenai pelakon cilik yang berbakat besar, Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra dikenali sebagai Aqish yang mendedahkan sisi hitam dalam hidupnya.

Menurut Aqish dalam satu siri podcast di Youtube Brosgangtv, dia membuat pengakuan bahawa pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sendiri apabila didakwa pernah diraba dan dipaksa menonton video lucah.

 

Rina Harun panggil Aqish dan bapa untuk siasatan

Susulan berita tersebut yang tersebar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memberitahu yang mereka bersedia untuk memanggil artis cilik tersebut untuk lakukan siasatan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, setakat ini walau bagaimanapun belum ada laporan rasmi yang diterima pihaknya dan beliau juga baru mengetahui mengenai hal tersebut melalui laporan media.

image is not available

Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Dalam pada itu, Rina yang melancarkan Kempen Banteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak berkata pihaknya mengakui kanak-kanak perempuan paling ramai menjadi mangsa penderaan seksual berdasarkan statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun ini.

image is not available

“Angka dari tahun 2017 sehingga Ogos lepas menggambarkan perkembangan tidak sihat terutama kelompok kanak-kanak yang dianggap rentan,” katanya.

Jikalau benar berlaku, bapanya patut dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang berlaku. Kesian trauma sejak dari kecil lagi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.