Dakwa Diri ‘Nabi Wanita Pertama’, Netizen ‘Report’ TikTok Wanita Pakai Kostum Atas Sejadah

Entertainment
27 Jul 2022 • 3:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu mengenai penghinaan terhadap agama Islam dilihat seperti dah makin keterlaluan, terbaru ini ada seorang pemilik TikTok membuat video-video yang kurang senang dimata warganet.

Dia menggelarkan dirinya ‘nabi wanita pertama’ dan tindakan itu telah mendapat perhatian netizen Malaysia.

 

Dakwa diri ‘nabi wanita pertama’

Dalam beberapa video yang dimuatnaik oleh wanita Arab tersebut, wanita yang dikenali sebagai Mariam Hadid ini ada memuat naik kandungan yang menunjukkan dirinya sedang ajuk solat sambil memakai kostum yang mencolok mata.

Dalam pada itu, ada juga video yang menunjukkan dirinya seolah-olah sedang membaca al-quran sambil menggunakan kostum yang sama. Mempunyai 73K jumlah pengikut, wanita ini menyatakan dirinya seorang model.

image is not availableimage is not available

Dalam pada itu, dia juga ada membuat aksi tidak senonoh sambil memakai tudung, lapor mStar Online, wanita itu mula aktif menghasilkan kandungan video di platform tersebut sejak awal tahun lepas dan mula mendapat perhatian netizen Malaysia baru-baru ini.

Oleh itu, ada yang rasa ‘gerun’ apabila melihat dan tergamam dengan tindakan ‘berani’ wanita ini. Malah ada yang menggesa agar ‘report’ akaun wanita tersebut supaya perkara ini tidak menjadi lebih teruk lagi.

Antaranya, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Azahar, dia menggesa agar orang ramai membuat laporan kepada pihak TikTok sebagai tanda usaha untuk menyekat penghasilan video oleh wanita itu.

image is not available

Status itu telah mendapat 13K jumlah perkongsian dalam masa 19 jam dan rata-rata melakukan tindakan melaporkannya.

image is not available

Sebelum ini, tular kes penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia berikutan dengan video seorang pelawak wanita. Malah, ada juga seorang lagi lelaki di Selangor telah ditangkap menghasilkan video mempersenda Allah dan Nabi Muhammad pada 17 Julai lalu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.