Dakwa Kostum Kini Macam ‘Pengemis Moden’ Di Kuching, Kongsian Individu Ini Raih Sokongan Netizen

4 Sep 2023 • 5:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anda pasti pernah lihat kostum di kawasan umum

Dakwa Kostum Kini Macam Pengemis Moden Di Kuching, Kongsian Individu Ini Raih Sokongan Netizen. Kostum kartun biasanya menjadi tarikan bagi kanak-kanak, baru baru ini telah dikritik oleh beberapa individu kerana dianggap sebagai bentuk pengemis ‘moden’ di kawasan Kuching.

Kongsian individu di media sosial berkenaan perkara ini telah menarik perhatian dan raih sokongan dari netizen.

image is not available
Dakwa Kostum Kini Macam ‘Pengemis Moden’ Di Kuching, Kongsian Individu Ini Raih Sokongan Netizen

Hantaran ini mendapat sokongan daripada netizen yang merasakan perbuatan ini patut diberi perhatian.

Kostum kartun ini, yang biasanya dilihat di pusat membeli-belah atau kawasan berhimpun orang ramai, semakin banyak digunakan untuk meminta sedekah.

Dalam sebuah hantaran, pengguna media sosial individu mengungkapkan kekhuatirannya tentang perubahan dalam gaya dan tujuan individu berpakaian kostum di bandar Kuching.

image is not available

Menurutnya, aktiviti ini semakin menyerupai ‘mengemis moden’.

Dahulu, individu berpakaian kostum ini seringkali mempersembahkan sesuatu yang mencuit hati atau menarik—adalah suatu bentuk hiburan jalanan. Namun, menerusi hantaran individu ini bahwa sekarang mereka lebih cenderung duduk di tepi jalan sambil menunggu orang melintas dan memberikan sedekah dalam bentuk wang.

Tindakan ini bukan sahaja mengurangkan “nilai hiburan” tetapi juga membawa kepada persoalan etika dan moral. Ada yang merasa aktiviti ini melencong dari tujuannya sebagai hiburan dan menjadi lebih mirip pengemis jalanan.

image is not available

Mencari rezeki memang kefardhuan, tetapi tidak boleh menafikan kepentingan pendidikan dan kemahiran dalam mencari pendapatan yang lebih mapan dan etika.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: