Selamba Suntik ‘Jarum’ Tepi Jalan, Aksi Penagih Di Bintulu Ini Raih Perhatian Netizen

25 Aug 2023 • 1:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Dah macam doktor pakar pulak”

Selamba Suntik ‘Jarum’ Tepi Jalan, Aksi Penagih Di Bintulu Ini Raih Perhatian Netizen. Seorang wanita terkejut apabila melihat seorang individu selamba menyuntik dadah di kawasan terbuka di Bintulu. Kisah itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantarannya di Facebook sehingga tular di media sosial.

Berdasarkan perkongsiannya, difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan tempat letak kereta di salah sebuah pasar di Bintulu.

image is not available
Selamba Suntik ‘Jarum’ Tepi Jalan, Aksi Penagih Di Bintulu Ini Raih Perhatian Netizen. Kredit: Facebook

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling beliau tanpa segan silu melakukan kerja terkutuk itu walaupun kawasan tersebut merupakan laluan orang awam.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton oleh 247 ribu tontonan, 1 ribu tanda suka dan hampir 2 ribu perkongsian oleh netizen.

Setelah menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Ini antara respon netizen.

image is not available

Rata-rata netizen dikatakan ‘terhibur’ melihat aksi penagih itu susulan tindakannya yang dilihat ‘pro’ seperti seorang doktor yang biasa menyuntik pesakit.

image is not available

Antaranya ada yang memberi pesanan agar menjauhkan diri daripada menggunakan bahan-bahan terlarang ini.

“Banyak lagi perkara lain yang boleh kita buat selain memilih untuk menagih dadah. Jangan rosakkan hidup kerana dadah”

image is not available

Baca lagi artikel menarik: