Dakwa Pelajar UPSI Meninggal Dalam Keadaan Hina, Guru Tampil Minta Maaf - “Saya Ingin Memohon Maaf Terhadap Insiden Yang Berlaku…”

11 Jun 2025 • 7:18 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang guru tampil memohon maaf susulan kenyataannya yang mendakwa  kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam tragedi kemalangan baru-baru ini adalah hina menjadi tular di media sosial.
 

Mohon maaf

 


Guru yang dikenali sebagai Khalid Yunus itu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya pada Rabu.


 

“Assalamualaikum. Di sini,saya ingin memohon maaf terhadap insiden yang berlaku kepada pelajar UPSI.

"Semoga mereka di tempat bersama orang-orang yang beriman dan mendapat Husnul Khotimah,” tulisnya.

 




Bagaimanapun permohonan maafnya itu tidak diterima dengan baik oleh netizen yang rata-rata mempersoalkan kenyataannya sebelum ini.


image is not available


 


image is not available



Terdahulu, pempengaruh serta aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Cikgu Mohd Fadli Salleh memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat tindakan seorang guru biadap yang mendakwa kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam tragedi kemalangan baru-baru ini adalah hina.


 


Fadli menerusi hantaran di akaun Facebook


 


Malah Fadli juga turut meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menghantar pengawai penyiasat untuk menyiasat guru tersebut dengan lebih terperinci.