Dakwa Perut Semakin Membesar, Lucinta Luna Sudah Hamil 14 Hari?

Entertainment
17 Aug 2023 • 12:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seakan tidak pernah serik, selebriti Indonesia, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Mohamad Fatah sering menimbulkan kontroversi sehingga mencetuskan pelbagai kritikan ramai.

Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lucinta di laman Instagramnya, dia mendedahkan perutnya semakin membesar telah menimbulkan persoalan ramai.

“Tidak boleh dinafikan lagi, perut aku semakin hari semakin membesar.. 14 hari,” ujarnya di ruangan kapsyen dengan emoji kanak-kanak.

Dah makin tak betul dia ni

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen mendakwa pemikiran Lucinta sudah tidak waras lagi memandangkan seorang lelaki tidak boleh mengandungkan anak.

Bahkan, sebelum ini juga dia menegaskan rahimnya telah dibuang oleh pihak perubatan sewaktu kemalangan sehingga menyebabkan mandul.

image is not available
image is not available image is not available image is not available

Lelaki memang buncit lepas nikah

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Lucinta Luna telah mengikat tali pertunangan bersama pasangan pilihan hatinya, Arten Boltian dalam sebuah majlis yang diraikan dengan penuh kemeriahan di Pullman Private Hotel, Bali pada 28 Julai lalu.

Sumber: Instagram @Lucinta Luna