Dakwa suami tak beri nafkah, Uqasha Senrose akui kerja keras untuk diri sendiri

LocalFamily & Parenting
18 Dec 2025 • 3:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan suaminya pelakon Kamal Adli gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepanjang mendirikan rumah tangga bersama.

Kerja keras untuk diri sendiri

image is not available

Memetik laporan mStar, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memberitahu Kamal gagal memberikan nafkah menyebabkan dirinya terpaksa bekerja keras mengurus keperluan keluarga menggunakan sumber pendapatan sendiri.

“Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah.
“Itu saya tak sentuh lagi. Kau orang kata kononnya dia kerja. Netizen kata kerja nak cari nafkah untuk kau. Tak! Saya kerja dan cari duit sendiri,” kata Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menceritakan segala keperluan puteri sulungnya iaitu Hawra Uqaira ditanggung sendiri tanpa menerima sebarang bantuan daripada suami.

image is not available

“Saya besarkan Uqaira. Saya beli baju Uqaira sampailah Uqaira besar.
“Pampers, susu, semua saya. Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua benda itu,” dedahnya lagi.

image is not available

Artikel lain: Uqasha Senrose dakwa dikasari ketika hamil, mahkamah nasihat Kamal lafaz talak

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan ini sah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)