Dakwa tak boleh hamil, Zara Zya minta jangan layan fitnah – “Dah lama saya block dia”

LocalHealth & Fitness
22 Dec 2025 • 2:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Zara Zya, meminta orang ramai tidak mengambil serius berkenaan fitnah yang tidak berasas berhubung kesihatan dirinya di media sosial.

Jangan layan fitnah

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin mendedahkan terdapat seorang lelaki yang sering mengganggunya menyebarkan cerita kurang baik dan telah menyekat individu tersebut di media sosial.

image is not available

“Kesayangan, saya mohon jangan layan Saiful tu. Dah lama saya block dia sebab saya rasa terganggu.
“Saya pun tak kenal dia, dan saya tidak pernah membalas DM dari dia yang seolah ada balasan perbualan dengan saya. Dia tak sihat tu. Maafkan lah dia,” ciapan Zara, hari ini.

Sebelum ini, individu yang dikenali sebagai Saiful mendakwa bahawa Zara tidak mampu melahirkan anak akibat mengalami masalah buah pinggang.

image is not available

“Zara Zya tak boleh mengandung anak, confirm mati punya, buah pinggang gagal function kalau mengandung memang legend lah.
“Tak ada anak kena jaga dia sakit, kemungkinan untuk mati tinggi,” tulis Saiful.

image is not available

Artikel lain: Zara Zya hidap kanser, pesan jangan abai isyarat tubuh badan -“Cepat penat, hidung berdarah”

Terdahulu, Zara berkongsi mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya selepas mendedahkan dirinya disahkan menghidap renal cell carcinoma atau kanser sel buah pinggang tahap satu.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai apabila rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat, selain mendoakan agar pelakon drama Sumpah Ibuku itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

Sumber: Threads zarazya