Dituduh Tidak Boleh Hamil Dan Mat* Cepat, Zara Zya Minta Netizen Henti Layan Lelaki Ini – “Dia Tak Sihat, Maafkanlah Dia..”

EntertainmentHealth & Fitness
22 Dec 2025 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Zara Zya tampil memohon agar orang ramai tidak melayan seorang individu dikenali sebagai Saiful selepas lelaki itu memuat naik kenyataan yang mengundang rasa kurang senang, baru-baru ini.

Perkara tersebut berlaku tidak lama selepas Zara mendedahkan dirinya menghidap kanser sel buah pinggang (renal cell carcinoma), yang kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement
View this post on Instagram

Menerusi satu hantaran di media sosial, individu berkenaanmenulis kenyataan yang dianggap tidak wajar oleh ramai pihak.

image is not available

image is not availableimage is not available

Kenyataan tersebut mengundang kritikan warganet yang menyifatkannya sebagai melampau dan tidak beradab, lebih-lebih lagi melibatkan isu kesihatan Zara.

Susulan itu, Zara sendiri tampil memberikan penjelasan serta merayu agar netizen tidak terus memberi perhatian kepada individu terbabit.

image is not available

Menurut Zara, individu tersebut bukan sahaja tidak dikenali olehnya, malah dia telah lama menyekat akaun berkenaan kerana berasa terganggu dengan mesej-mesej yang dihantar seolah-olah wujud perbualan antara mereka.

Zara turut meminta orang ramai agar memaafkan individu tersebut dan tidak memanjangkan isu berkenaan, sekali gus menegaskan bahawa kenyataan itu tidak wajar dijadikan bahan perdebatan.

Terdahulu, Zara Zya mengejutkan peminat selepas mendedahkan dirinya menghidap kanser sel buah pinggang tahap satu, namun kekal positif dan menerima sokongan moral yang tidak putus-putus daripada peminat serta rakan industri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-20 13:11:58

Zara Zya Dedah Hidap Kanser Sel Buah Pinggang Tahap Satu, Nasihat Jangan Abaikan Isyarat Badan

 

The post Dituduh Tidak Boleh Hamil Dan Mat* Cepat, Zara Zya Minta Netizen Henti Layan Lelaki Ini – “Dia Tak Sihat, Maafkanlah Dia..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.