Dakwa Terima RM15 juta, DS Anwar Nak Saman TS Muhyiddin

Politics
20 Dec 2022 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri Malaysia ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan dengan dakwaannya yang menyatakan Anwar menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor.

Memetik laporan MSN, saman fitnah tersebut difailkan oleh peguamcara SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau yang menuntut ganti rugi am, dan teladan daripada Muhyiddin, yang dinamakan sebagai defendan.

image is not available

Dalam pada itu, Anwar juga memohon injuksi bagi menghalang pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu daripada terus menyebut, menulis, menerbitkan, atau mengedarkan kata-kata fitnah yang disangkal, atau kata-kata yang mempunyai kesan sama atau serupa.

7 Disember lalu, Anwar mengeluarkan surat tuntutan kepada Muhyiddin berhubung perkara ini. Bagaimanapun ia tidak mendapat sebarang maklum balas daripada bekas Perdana Menteri itu dan ia menjadi punca pemfailan saman.

image is not available

Anwar menuntut agar permohonan maaf tanpa syarat disiarkan dalam akhbar dan media pilihannya. Malah beliau juga ada meminta pampasan atas “kerosakan serius” terhadap reputasinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata kenyataan Muhyiddin itu dibuat pada 5 Disember dalam kempen bagi calon PN Azman Nasrudin di Taman Selasih, Kulim, menjelang pilihan raya Parlimen Padang Serai.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.