Dakwaan Anwar masukkan wang royalti Kelantan, Terengganu ke akaun PKR amat jijik: Fahmi

LocalPolitics
13 Apr 2024 • 12:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan dakwaan wang royalti Kelantan dan Terengganu tidak sampai ke negeri berkenaan kerana diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dimasukkan ke akaun parti itu, sebagai tuduhan amat jijik.

Beliau berkata, dakwaan tular membabitkan Anwar yang juga Presiden PKR dengan mengaitkan jumlah wang berbilion ringgit dimuat naik akaun Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) itu juga adalah fitnah.

“Ini fitnah jahat dan tuduhan yang amat jijik.

“PKR menerbitkan akaun setiap kali kongres (parti) diadakan dan akaun tersebut diaudit juruaudit bertauliah,” katanya.

Justeru fitnah itu, Fahmi berkata, beliau sudah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat segera.

“Saya sudah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan MCMC dibuat segera terhadap individu yang menyebar fitnah jahat ini,” katanya yang juga Ketua Penerangan PKR. - 13 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved