Dakwaan AS mahu jatuhkan BN: Abdul Hadi sedia serah bukti di mahkamah

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 12:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dakwaan AS mahu jatuhkan BN: Abdul Hadi sedia serah bukti di mahkamah

MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sedia membuktikan kenyataannya berhubung dakwaan tawaran kerjasama Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014 jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau sudah memberi keterangan kira-kira satu jam kepada polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur.

“Kita akan serahkan bukti kepada mahkamah tetapi setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai proses pendakwaan,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi pada ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Kota Bharu, Kelantan pada 5 September lalu mendakwa, beberapa pemimpin Pas pernah dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan AS ketika Presiden Barack Obama melawat Malaysia pada 2014, dengan pihak asing didakwa menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu.

Bagaimanapun Kedutaan AS menafikan dakwaan Abdul Hadi yang mendakwa wakil negara itu pernah menawarkan bantuan kepada parti Islam berkenaan untuk menjatuhkan kerajaan BN.

David H. Gamble Jr. yang kini mengetuai Kedutaan AS di Kuala Lumpur, menyatakan negaranya tidak pernah mencuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia.

Susulan itu, PDRM membuka siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas menerima 12 laporan polis. – UTUSAN

The post Dakwaan AS mahu jatuhkan BN: Abdul Hadi sedia serah bukti di mahkamah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved