Dakwaan berbaik dengan suami tak benar, Bella Astillah sudah ‘move on’

4 Jun 2024 • 9:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Dakwaan berbaik dengan suami

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil menjawab dakwaan berbaik dengan suami, Aliff Aziz sehingga timbul pelbagai kritikan ramai di media sosial, baru-baru ini.

Ujar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia berkata sudah lama meneruskan kehidupan dengan tenang tanpa kehadiran Alif.

Dakwaan berbaik dengan suami

image is not available

“Saya minta tolong untuk stop buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam bella.

“Saya sudah lama move on dan cuba hidup tenang. Sekali lagi, saya minta maaf, saya hormat kerja rakan media,” ujarnya.

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Dakwaan berbaik dengan suami

image is not available

Terdahulu, Bella telah memfailkan cerai terhadap di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu. Bagaimanapun, kes penceraian yang sepatutnya berlangsung 4 Jun telah ditunda pada 13 Jun.

Sumber: Instagram @Bella Astillah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved