“Stop Buat Tanggapan Sendiri” – Bella Astillah Kesal Difitnah Berbaik Dengan Aliff Aziz

Entertainment
4 Jun 2024 • 11:06 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bella

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah meluahkan rasa kesal apabila tiba-tiba dirinya dikatakan sudah berbaik dengan suami, Aliff Aziz.

Bella menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya sudah lama move on. Bella berkata fakta sebenar telah diputar belit sehingga menimbulkan sangkaan tidak baik daripada orang ramai.

image is not available

Ujar Bella, isu sebegini membuatkan dirinya enggan ditemubual wartawan sebelum ini. Dia sebenarnya sudah beberapa kali menolak untuk menjawab soalan berkaitan rumah tangga.

Namun apabila menolak, dia akan dilabel sombong oleh para wartawan. Jelas Bella lagi, dia memilih untuk mendiamkan diri bukanlah bermaksud dakwaan sudah berbaik itu benar.

image is not available

Adiknya, Didi Astillah juga tampil mempertahankan kakak menegaskan dakwaan tular tidak benar sama sekali.

Siapa bagi berita tak sahih ni? Takyah caya la.

Rakan Bella di Instagram @pinography juga memberi jaminan Bella tidak akan sesekali berbaik dengan Aliff Aziz.

image is not available

Bella enggan mengulas lanjut isu rumahtangga kerana kes masih berjalan di mahkamah dan prosiding seterusnya dijadualkan pada Jun.

Kredit: Instagram Bella Astillah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media