Dakwaan Bergaduh Tak Benar! Cik Epal & Ojen Masih Berkawan, Anas Zahrin Jadi Bukti - “Kami Jarang Berjumpa Bukan Sebab Tak Bertegur Sapa”

24 Mar 2025 • 6:53 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin memaklumkan hubungan baik antara Cik Epal dan Ojen Aiwahhh masih lagi berkekalan seperti biasa.
 

Masih berkawan rapat

Hantaran terbaharu Anas di akaun Instagram itu sekaligus menafikan dakwaan netizen yang mengatakan mereka berdua tidak lagi bersahabat.

Anas memaklumkan kesemua mereka termasuklah dirinya jarang bertemu adalah kerana masing-masing sibuk bekerja.

“Masih ada. Dah sentiasa ada.Kami tidak tinggal serumah. Kami jarang berjumpa lagi lagi ramadan ini. Bukan sebab sudah tidak bertegur sapa. 

“Tapi kerana semua sibuk dengan urusan masing masing. Semua fokus dengan kehidupan juga perniagaan.

“Seorang sibuk dengan tour kunafah. Seorang sibuk dengan duta dan turun naik mahkamah. Seorang sibuk live meniaga sampai tak larat.

“Seorang nun jauh tinggal di utara. Seorang sibuk dengan meniaga, jadi duta serentak. Seorang sibuk dengan perniagaan anak tudung mega,” maklumnya.
 

Cari masa untuk kumpul bersama

        View this post on Instagram                      

A post shared by ANAS® (@anaszahrin)

Dalam hantaran yang sama, Anas memberitahu sebagai sahabat mereka pasti akan mencari masa untuk berkumpul bersama-sama.

“Ada masa terluang kami pasti jumpa. Kadang kadang tak semua. Kadang kadang jumpa yang ada sahaja.

“Sebab apa? Sebab yang lainnya sibuk sentiasa. Sudah cukup sudah. Semoga persahabatan kami, ukhwah yang terjalin kekal sampai bila bila. 

 

“Semoga Allah jauhkan kami dari sifat iri hati dengki manusia. Dan semoga kita semua kaya berjaya dunia akhirat agar dapat memberi manfaat kepada orang lain,” coretnya.

 

 

 

Terdahulu, netizen membuat spekulasi hubungan persahabatan antara Cik Epal dan Ojen retak apabila mereka berdua dilihat jarang meluangkan masa bersama.