Kuala Lumpur: Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah tidak dikenakan pertuduhan rasuah berkaitan pemberian lesen penerokaan mineral kerana dakwaan terhadap mereka hanya bersandarkan khabar angin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Anwar berkata sebab itulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya mendakwa dua Adun iaitu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Datuk Dr Yusof @ Josree Yacob (Sindumin).
“Lapan Adun dikaitkan dengan video berkenaan, namun menurut SPRM, sesuatu kes mesti cukup kuat sebelum boleh didakwa.
“Mereka menyatakan hanya kes yang mempunyai fakta serta asas undang-undang kukuh akan dirujuk kepada pihak pendakwaan. Jika tidak substantif dan hanya bergantung pada video, ia tidak boleh diteruskan,” katanya.
Anwar berkata berdasarkan pengalamannya sendiri, rakaman atau video sahaja tidak memadai tanpa disokong fakta dan asas undang-undang.
Menurut SPRM, mereka yang dituduh mempunyai asas serta bukti yang cukup, manakala dakwaan terhadap yang lain hanya berdasarkan khabar angin berpandukan suara dalam video tersebut.
Anwar menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran).
Pada 30 Jun lalu, kedua-dua Adun berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen penerokaan mineral di negeri itu.
Siasatan pihak berkuasa bermula selepas beberapa siri video yang disunting, diterbitkan portal berita Malaysiakini pada November tahun lalu.
Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan negara, khususnya berkaitan kebocoran maklumat dalam badan risikan dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh.
Anwar berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini diberi laluan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan terhadap pelbagai kes berprofil tinggi, termasuk salah guna kuasa dalam agensi perisikan yang menjual rahsia negara demi keuntungan peribadi.
“Kalau ada sekelompok seperti kartel yang mengambil keuntungan dan menjual rahsia, ini soal besar dalam negara, jadi biar ada siasatan awal, saya dah beri maklumat kepada Panglima Angkatan Tentera Udara dan juga semuanya termasuk Pengarah Bahagian Risikan.
“Saya tunggu dulu laporan awal, tapi kita tidak akan berselindung kerana kalau kita mula kompromi dengan masalah pencerobohan dalam badan risikan, itu malapetaka bagi negara kita,” katanya menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).
Ahmad Fadhli ingin tahu tindakan kerajaan selepas timbul pelbagai isu keselamatan negara termasuk kes kebocoran operasi pertahanan negara dan insiden melibatkan anak bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
Pada 14 Ogos, SPRM mereman 10 individu termasuk lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dua wartawan sebuah portal berita, dipercayai terbabit sindiket penyeludupan di selatan tanah air.
Anwar berkata kerajaan hari ini tidak harus dipersalahkan akibat timbulnya kes tersebut, kerana pentadbiran hari ini terus menerapkan pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah, apatah lagi melibatkan jentera kerajaan yang diamanahkan.
Beliau berkata siasatan awal telah mengenal pasti kes tersebut sejak 2020, namun hanya terbongkar pada tahun ini selepas SPRM diberi laluan sepenuhnya untuk menyiasat perkara tersebut, selain mengingatkan agar isu berkenaan tidak dipolitikkan.
“Saya nak tegaskan, jangan tuding jari kepada kita kerana perkara ini berlaku lama sebelum ini dan tidak ada tindakan sebelum ini.
“Hal kes-kes yang lama tertangguh, yang orang boleh kumpul bilion-bilion, kadang-kadang Yang Berhormat pertahan pula, (sebab) itu kita kaji dan buat siasatan dan kalau ada kes, akan ada pendakwaan, tetapi bila ada kes-kes besar, janganlah pertahan (kerana) dalam kes seperti ini, ini bukan perkara ringan,” katanya.
Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa tiada individu akan dilindungi jika terbukti terlibat dalam salah laku, termasuk dalam kes melibatkan anak Rafizi, pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir atau rasuah membabitkan individu berprofil tinggi di Sabah.