Dakwaan Dana Judi: ‘Baca Kenyataan Penuh Saya Sebelum Ambil Tindakan’ - Anwar

Politics
27 May 2023 • 5:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak kisah sekiranya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung dakwaan bahawa gabungan terbabit menggunakan hasil perjudian untuk membiayai kempen Pilihan Raya Umum Ke-15, tahun lalu.

Bagaimanapun, Anwar menggesa Muhyiddin membaca terlebih dahulu kenyataan penuhnya berhubung dakwaan itu yang dibuat beliau tahun lalu, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, sebelum meneruskan tindakan undang-undang.

“Baca kenyataan penuh dan kemudian ambil tindakan. Tetapi, jika dia mahu meneruskan, silakan.

“Saya tidak akan mengeluarkan kenyataan jika saya tiada asas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini. – Getaran, 27 Mei 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL