Dakwaan KWSP Benarkan Pengeluaran Akaun 1 Dan 2 Sempena Hari Raya Adalah Palsu

LocalPersonal Finance
14 Mar 2025 • 11:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kwsp

Setiap kali musim perayaan, pasti ada berita tular mengenai pengeluaran khas KWSP. Kali ini, ramai teruja dengan dakwaan bahawa pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan mereka sempena Aidilfitri! Kononnya, pengeluaran minimum RM500 hingga maksimum RM100,000 boleh dibuat dari Akaun 2 dan kalau tak cukup, Akaun 1 pun boleh digunakan.

Ramai yang teruja nak “cek baki” dan mula buat perancangan raya, tapi sebelum korang gembira terlalu awal, jom semak dulu apa kata KWSP!

KWSP nafi berita pengeluaran sempena hari raya…

image is not available

Memetik laporan Bernama, berita ini tidak sahih dan palsu. Tiada sebarang pengeluaran khas yang dibenarkan untuk sambutan Aidilfitri, sama ada dari Akaun 1 atau Akaun 2.

Satu-satunya wang yang boleh dikeluarkan ialah dari Akaun Fleksibel (Akaun 3), yang memang diwujudkan untuk kegunaan segera pencarum. Akaun ini membolehkan pengeluaran bila-bila masa, tetapi bukan khusus untuk perayaan.

Jangan mudah terpedaya dan tekan link yang pelik!

image is not available

KWSP mengingatkan pencarum supaya tidak terpengaruh dengan berita palsu dan hanya mendapatkan maklumat rasmi dari laman web serta media sosial KWSP.

Kami menasihati semua pencarum agar merujuk kepada sumber rasmi KWSP bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran maklumat tidak tepat.

Jadi, kalau ada berita pelik tentang pengeluaran KWSP, semak dulu sebelum percaya!

#ApaKataOhmedia

Simpanan KWSP ni penting untuk masa depan, jadi jangan mudah percaya berita yang belum sahih. Kalau betul ada pengumuman rasmi, KWSP sendiri akan maklumkan. Semak dulu sebelum sebarkan!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook


The post

appeared first on

.