Tular Dakwaan Simpanan KWSP Akaun 1 Dan Akaun 2 Boleh Dikeluarkan Sempena Aidilfitri?

LocalPersonal Finance
14 Mar 2025 • 10:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular dakwaan di platform media sosial yang mengatakan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan wang caruman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

image is not available

Difahamkan dari laporan Bernama, ‘berita’ tersebut mendakwa pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan minimum RM500 dan maksimum, RM100000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2 pencarum dan jika tidak mencukupi, wang simpanan di akaun 1 boleh digunakan.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan berita tersebut sama sekali tidak sahih dan palsu kerana tiada sebarang pengeluaran wang simpanan di akaun 1, mahupun akaun 2 boleh dikeluarkan sempena perayaan Aidilfitri.

image is not available

Sebaliknya, hanya di Akaun Fleksibel (akaun 3) yang boleh dikeluarkan oleh pencarum pada bila-bila masa yang dimahukan.

Susulan itu, KWSP menasihati orang ramai akan tidak mudah terpedaya dan hanya mendapatkan maklumat yang tepat serta sahih di laman web dan media sosial rasmi KWSP sahaja.

image is not available 4 weeks ago

"Yang Keluarkan Akaun 3 Ini Bukan Dari Golongan Susah, Sebaliknya Untuk Biayai Aktiviti Mewah" - Ahli Parlimen Tasek Gelugor