Dakwaan MyKad baharu tanpa gambar tidak benar - JPN

17 Apr 2026 • 8:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JPN menafikan dakwaan MyKad baharu dikeluarkan tanpa gambar. Foto FB JPN

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa MyKad baharu yang akan dikeluarkan tidak dilengkapi gambar dan hanya mempunyai kod QR adalah tidak benar

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan memaklumkan penambahbaikan dokumen pengenalan diri itu mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

"Peraturan tersebut telah menetapkan bahawa setiap Kad Pengenalan hendaklah mempunyai butiran asas tertentu.

"Antaranya, nombor kad pengenalan, nama dan alamat, taraf kewarganegaraan dan gambar pemilik," katanya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.

Orang ramai diingatkan untuk menghentikan penyebaran berita palsu dan mendapatkan maklumat tepat menerusi saluran rasmi JPN.

"Teliti, baca dan semak kesahihan setiap maklumat sebelum berkongsi.

"Ikuti saluran rasmi JPN untuk maklumat tepat dan sahih," tambah kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved