“Tolong Belajar, Tingkatkan Skil” – Pelanggan ‘Complain’ Staf Rembayung Ambil Gambar Tak Cantik, Respon Khairul Aming Memang ‘Win’!

EntertainmentLifestyle
7 Apr 2026 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular di media sosial apabila seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hasil tangkapan gambar oleh pekerja Rembayung, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan mengkritik teknik pengambilan gambar yang didakwa dilakukan secara ‘spam’, tanpa menitikberatkan kualiti hasil akhir.

Advertisement
View this post on Instagram

image is not available

“Aku paling tak minat orang yang jenis tangkap gambar dia spam je butang camera tu.”

“If you wanna elevate your photography skills, learn to not press the camera button when subject’s not even moving,” luahnya.

Susulan itu, personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar di premisnya.

Menurut beliau, pendekatan mengambil gambar dalam kuantiti yang banyak sebenarnya adalah atas arahannya sendiri bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

image is not available

“Saya yang suruh staff tangkap banyak banyak so that customers boleh pilih nak gambar mana.”

“Ada 800 customers sehari memang kita tak sempat nak snap slowly one by one sebab staff nak kena manage semua customers serentak,” jelasnya.

Tambahnya lagi, keadaan operasi yang sangat sibuk setiap hari memerlukan kaedah yang lebih pantas dan praktikal supaya semua pelanggan dapat dilayan dengan efisien dalam tempoh masa terhad.

Di ruangan balas, rata-rata netizen dilihat menyokong penjelasan tersebut, selain memahami cabaran yang dihadapi oleh pekerja Rembayung dalam menguruskan jumlah pelanggan yang ramai setiap hari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-07 10:11:31

Model Nadira Isaac Ambil Keputusan Buang 'Filler' Di Punggung Dan Buah Dada - "Alhamdulillah Kembali Bentuk Asal.."

The post “Tolong Belajar, Tingkatkan Skil” – Pelanggan ‘Complain’ Staf Rembayung Ambil Gambar Tak Cantik, Respon Khairul Aming Memang ‘Win’! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.