Dakwaan Pelaku Kes Zara Qairina Dilindungi, Nurulhidayah Mohon PDRM Buat Kenyataan

LocalPolitics
28 Jul 2025 • 4:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia zara Qairina 1

Kes menyayat hati yang menimpa pelajar 13 tahun dikenali sebagai Zara Qairina yang didakwa maut akibat terjatuh daripada tingkat 3 asrama mengundang perhatian ramai.

Rakyat Malaysia menuntut keadilan buat Zara apabila mangsa dikatakan tidak terjatuh sebaliknya ditolak sehingga wujud gelombang tanda pagar #JusticeForZara.

image is not available

Turut bersuara mengenai isu ini adalah anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

“Siapa juga enjenayah Yang Menolak Mangsa Ini Jatuh Harus Dihukum”

Dalam satu hantaran di Instagram, beliau memohon pihak berkuasa tampil dengan satu kenyataan untuk menjawab dakwaan pesalah dilindungi.

Nurulhidayah pada awalnya memilih untuk berdiam diri dan menunggu hasil siasatan daripada pihak berkuasa.

Namun, nampaknya kes semakin berpanjangan apabila wujud pelbagai spekulasi berhubung kejadian.

Beliau turut menggunakan tanda pagar #justiceforzara dalam hantaran tersebut sebagai simbol solidariti terhadap mangsa.

Pssttt! Tindakan Nurulhidayah bersuara dalam isu ini menunjukkan betapa pentingnya tekanan awam dalam menuntut keadilan buat mangsa. Semoga suara ini membuka ruang kepada siasatan telus dan adil agar kebenaran tidak terus disorokkan.

Kredit: Instagram Nurulhidayah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.