Kes Zara Qairina: PDRM Minta Orang Ramai Bertenang, Henti Buat Spekulasi

28 Jul 2025 • 4:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian tragis seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar.

Mangsa, Zara Qairina Mahathir, 13, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah dalam kejadian yang berlaku pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

image is not available

PDRM Minta Orang Ramai Bertenang

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa.

“Orang ramai diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan lanjut.
“PDRM Kontinjen Sabah akan menjalankan siasatan menyeluruh dengan telus,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

image is not available

Insiden menyayat hati itu mengundang perhatian masyarakat apabila ia dikaitkan dengan dakwaan wujudnya unsur buli di sekolah berkenaan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi orang awam.

image is not available

Setakat ini, desakan agar siasatan dijalankan secara adil dan menyeluruh terus disuarakan, termasuk menerusi media sosial dengan tanda pagar #JusticeForZara sebagai simbol solidariti dan keprihatinan terhadap kejadian terbabit.