Dakwaan pensyarah hantar gambar lucah: UM sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dakwaan pensyarah hantar gambar lucah: UM sedia beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. Foto hiasan

SHAH ALAM - Universiti Malaya (UM) sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarahnya yang didakwa menghantar gambar lucah kepada beberapa pelajar seperti dilapor media tempatan.

Menerusi satu kenyataan, UM menjelaskan, pihaknya juga turut mengesahkan menerima laporan mengenai kes yang dibangkitkan oleh Kelab Feminisme UM berkenaan.

"UM pada masa ini tidak dapat mengulas lanjut kerana perkara tersebut telah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan.

"UM akan terus memantau perkembangan ini dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkenaan bagi memastikan isu ini ditangani dengan sewajarnya," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang pensyarah sebuah universiti terkemuka negara didakwa menghantar gambar lucah kepada beberapa pelajarnya.

Sehubungan itu, Kelab Feminisme UM menggesa pengurusan universiti terbabit segera menambah baik dasar antigangguan seksual.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved