Polis Siasat Anggota Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah

LocalPolitics
16 Dec 2024 • 10:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak polis sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota polis yang didakwa tunjuk isyarat lucah kepada seorang wanita semasa protes di ibu negara, Jumaat lalu.

Anggota Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah

image is not available

Foto: MalaysiaGazette

Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mendedahkan pihaknya telah mengenal pasti anggota polis berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan ibu negara.

“Siasatan dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

image is not available

Foto: MalaysiaGazette

Sebelum itu, isu tersebut mula tersebar apabila seorang wanita mendedahkan kejadian menerusi hantaran media sosial Instagram.

Menurut dakwaan wanita tersebut, anggota polis itu menunjukkan isyarat lucah kepadanya semasa dia sedang mengambil gambar di lokasi protes.

Wanita berkenaan mendakwa bahawa anggota polis itu mengulangi isyarat tersebut beberapa kali untuk memastikan ia dapat dilihat dengan jelas.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved