Dakwaan rasuah: Adun Pitas buat laporan polis

LocalPolitics
6 Dec 2024 • 3:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Dato’ Sri Ruddy Awah membuat laporan bagi menggesa polis menyiasat dakwaan bahawa beliau dan dua lagi Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terlibat dalam rasuah dan pecah amanah membabitkan isu tanah.

Beliau turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan yang dibuat oleh dua pemegang akaun TikTok.

“Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Pitas Ramlah Nasir, bersama Ketua Daerah Pitas OKK Halim Kadir membuat laporan polis di Kota Kinabalu pada 3 Dis (Selasa),” katanya pada sidang media di pejabat Adun Pitas di Kompleks Karamunsing, Khamis.

Ruddy, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, menggesa polis mengenal pasti dua pemilik akaun TikTok itu supaya beliau boleh mengambil tindakan undang-undang.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more “Dalam kes saya, tidak ada video tular seperti yang berlaku kepada beberapa Menteri.

“Jadi apabila tiada cara untuk mengaitkan kami bertiga (yang lain ialah Datuk James Ratib dan Datuk Abdul Ghani Yassin) dengan skandal sebegitu.

Ruddy yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Pitas dan Ahli Majlis Tertinggi berkata, ada pihak yang sengaja menyasarkan pemimpin politik GRS yang berkemungkinan mengekalkan kerusi mereka.

“Jika anda (pembangkang) mahu bertanding, kuatkan jentera pilihan raya masing-masing di kawasan yang anda tandingi. Mari kita bersaing dan bertemu dalam persaingan yang sihat dan biarkan rakyat membuat keputusan,” katanya.