Dakwaan Rasuah Pengambilan Pekerja Asing, Pegawai Kanan Menteri Sumber Manusia Ditahan

13 Apr 2023 • 2:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
V Sivakumar - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan serbuan di kementerian itu pagi tadi.

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dalam maklum balas ringkas melalui WhatsApp kepada The Vibes.

Beliau juga mengesahkan bahawa individu lain turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan agensi pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, penahanan itu berkaitan dakwaan mereka yang terlibat menubuhkan agensi pengambilan pekerja asing, bagi mendapatkan kelulusan daripada kementerian walaupun terdapat konflik kepentingan.

Difahamkan juga, individu kedua yang ditahan ialah ejen pengambilan pekerja asing.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1 pagi semalam sejurus tiba dari Bangkok.

Pegawai SPRM kemudian melakukan serbuan di kementerian itu pagi tadi.

Difahamkan, siasatan SPRM tertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

The Vibes cuba menghubungi pejabat Sivakumar untuk mendapatkan komen beliau berhubung perkara itu. - The Vibes, 13 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved