Dakwaan rasuah, penyelewengan? SPRM siasat tender projek MyKiosk

LocalPolitics
2 Jul 2025 • 1:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlakunya rasuah dan penyelewengan dalam proses pemberian tender projek MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata siasatan itu dimulakan susulan aduan yang diterima daripada sebuah parti politik.

Menurut beliau, SPRM telah memulakan siasatan awal, selain Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) turut menjalankan proses siasatan secara serentak.

“Selain KPKT yang sudah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak yang terbabit turut memberi beberapa dokumen berkaitan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

SPRM siasat tender projek MyKiosk

Tambah beliau, SPRM memberi tumpuan kepada dua aspek utama dalam siasatan tersebut.

“Dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender,”menurut kenyataan lagi.

image is not available

Zainul berkata, SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang kepincangan serta pelanggaran terhadap peraturan, sistem dan prosedur yang ditetapkan.

Menurutnya, siasatan berhubung isu berkenaan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009.

image is not available

Terdahulu, KPKT dilaporkan menyerahkan dokumen berkaitan projek MyKiosk kepada SPRM secara sukarela sebagai tanda komitmen kementerian terhadap ketelusan dan integriti pelaksanaan projek berkenaan, yang menjadi perhatian ramai kerana didakwa melibatkan kos tinggi.

Sumber: BH Online (Noor Hidayah Tanzizi)