SPRM Mulakan Siasatan Projek MyKiosk

LocalPolitics
2 Jul 2025 • 12:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SPRM Mulakan Siasatan Projek MyKiosk

PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung dakwaan wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus menerusi kenyataan hari ini berkata SPRM telah menjalankan siasatan awal berhubung perkara itu setelah menerima aduan daripada sebuah parti politik.

“Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga telah memulakan proses penyiasatan secara serentak.

“Selain KPKT yang telah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak yang terlibat turut memberi beberapa dokumen berkaitan projek itu,” katanya.

Zainul berkata dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara, iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender.

“Tindakan penyiasatan dibuat berasaskan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.

Pada Mei lepas, KPKT menyerahkan dokumen berkaitan Projek MyKiosk kepada SPRM sebagai komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan serta integriti projek berkenaan.

Menurut KPKT, semua perolehan serta pelantikan kontraktor MyKiosk telah dilaksanakan oleh 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui sebut harga terbuka.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved