Dakwaan Rogol Mondy Tattoo Melibatkan Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan

6 Jun 2024 • 8:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ebit Lew

Jabatan Peguam Negara telah memutuskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap Ebit Lew tidak akan diteruskan dan perkara ini dikongsikan sendiri pendakwah itu menerusi Instagram miliknya.

Menurut laporan Berita Harian, pihak polis telah selesai menyiasat kes itu sebelum pihak pendakwaan membuat keputusan imuntuk tidak meneruskan kes dan perkara ini dikatakan sendiri peguam bela Ebit Lew, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Laporan polis berkaitan kes rogol dibuat Mondy pada 14 September 2023 dan polis selesai menyiasatnya baru-baru ini.

Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes. Saya dimaklumkan oleh polis, barang kes seperti telefon bimbit dan kad sim pendakwah itu dipulangkan semalam.

Dakwaan (merogol) amat serius tetapi tiada kes. Kes (saman) fitnah terhadap Mondy ditetapkan untuk penilaian ganti rugi pada 1 Julai ini dan Mahkamah Sesyen Shah Alam akan memutuskan kuantumnya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.