Pernah dibantu Ebit Lew, wanita bertatu kini hamil 8 bulan namun ditinggal suami

LocalEntertainment
6 Jun 2024 • 4:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Wanita bertatu yang pernah dibantu Ebit Lew, Mondy Tatto difahamkan sedang hamil lapan bulan ketika ini selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dengan seorang lelaki Indonesia.

Tunjuk baby bump di TikTok

Menerusi muat naik video di TikTok, Mondy telah berkongsi keadaan terkini dirinya dengan menunjukkan baby bump yang kian membesar.

Wanita bertatu dedah ditinggal oleh suami

Namun begitu, ramai yang terkejut apabila wanita terbabit menyatakan yang dirinya kini hamil tanpa seorang suami disisi apabila lelaki itu sudah pergi meninggalkannya.

“Tidak ada wanita yang hancur di tinggal disaat mengandung,” tulisnya.

image is not available

Wanita bertatu baru kahwin tahun lalu

Untuk rekod, Mondy Tatto telah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bekas anak punk pada bulan Ogos tahun lalu di Indonesia. Difahamkan, perkahwinan tersebut adalah perkahwinan keempat wanita tersebut.

image is not available

Nama wanita berkenaan pernah tular di media Malaysia susulan dibantu oleh personaliti dakwah, Ebit Lew sehingga dibawa datang ke Malaysia.

Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan tiba-tiba hilang dan muncul semula dalam satu podcast seorang influencer sehingga mendakwa diperlakukan tidak baik oleh personaliti dakwah berkenaan.

Kes tersebut telah menjadi semakin rumit apabila kedua-dua pihak mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan kenyataan masing-masing.

Tidak lama selepas itu, kisah Mondy hilang begitu sahaja dan didapati sudah bernikah di negara asalnya.

Smber: TikTok mondy_tatto