Dakwaan Senda Agama: Akmal Saleh Sokong Siasat DJ, Tanya Perkembangan Kes Cecilia Yap & Harith Iskandar

LocalPolitics
5 Mar 2025 • 3:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sokong pihak berkuasa menjalankan penyiasatan yang dikenakan ke atas tiga penyampai radio (DJ) yang didakwa mempermainkan isu sensitif melibatkan penganut Hindu.

“Seperti kenyataan saya sebelum ini mengenai isu pak cik jagung, kita tidak boleh menerima norma buat dahulu baru minta maaf dan selesai.
“Satu tindakan hukuman perlu diberikan kepada mereka ini dan tiada siapa pun yang boleh terkecuali dalam tindakan ini tidak kira agama, bangsa dan negara,” katanya. hari ini.

image is not available

Akmal Saleh Sokong

Bagaimanapun, Muhammad Akmal mempersoalkan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan selebriti, Harith Iskander dan Cecilia Yap Song.

“Saya nak tanya pada pihak berkuasa, jika tiga DJ ini telah disiasat dan dikenakan hukuman oleh majikan mereka, apa perkembangan bagi kes Cecillia Yap dan Harith Iskander yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad SAW dan agama Islam?
“Undang-undang terpakai untuk semua,bukan terpilih mengikut sokongan orang berpengaruh,”tegas beliau menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung insiden kakitangan sebuah stesen radio milik Astro yang didakwa mempersenda upacara agama lain menerusi rakaman video di media sosial.

Ujar beliau, siasatan dijalankan ekoran enam laporan polis yang diterima berhubung isu itu, setakat ini.

image is not available

Pada Januari 2025, pelawak Harith Iskander memuat naik satu hantaran di Facebook yang mengandungi jenaka mengenai istilah ‘ham’.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi, termasuk komen daripada pengguna Facebook, Cecilia Yap Song KL, yang dianggap menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Akibatnya, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap kedua-dua individu tersebut.

image is not available

Susulan itu, Cecilia Yap telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atas komen sensitif yang dibuatnya.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan terhadap kedua-dua individu berkenaan dan berjanji akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya secepat mungkin.

Sumber: FB Akmal Saleh