Dakwaan tular berhubung UTC Pudu: Polis rakam percakapan pegawai JIM, wanita

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dakwaan tular berhubung UTC Pudu: Polis rakam percakapan pegawai JIM, wanita
Satu hantaran di Threads berkaitan seorang individu mendakwa dimalukan ketika berurusan di Pejabat Imigresen UTC Pudu. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam percakapan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang wanita berhubung hantaran pengalaman seorang individu ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, percakapan pegawai JIM berkenaan dirakam pada Ahad lalu.

"Manakala wanita terbabit dipanggil untuk memberi keterangan pada 24 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Nuzulan berkata, polis turut menjalankan siasatan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Semakan rakaman CCTV masih dalam siasatan pihak polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 akta sama, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Terdahulu, satu hantaran di Threads berkaitan seorang individu mendakwa dimalukan ketika berurusan di Pejabat Imigresen berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dilaporkan berkata, pihaknya mengambil serius hantaran yang tular itu dan telah membuat semakan dengan meneliti rakaman CCTV rekod berkaitan serta mendapatkan keterangan pegawai yang bertugas ketika kejadian.

Menurutnya, semakan JIM mendapati terdapat beberapa dakwaan dalam hantaran berkenaan yang tidak selaras dengan rakaman CCTV, rekod berkaitan dan keterangan yang diperoleh pihak jabatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved