Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Kemarahan rakyat Korea Selatan kini memuncak ekoran skandal penutupan kes orang hilang secara tidak sah yang sedang menggoncang sistem kepolisan negara itu.
Insiden terbongkar selepas tindakan seorang pegawai polis yang disyaki memalsukan rekod bagi 200 kes orang hilang sepanjang 17 bulan berkhidmat di pulau berkenaan.
Dalam perkembangan terkini, empat pegawai kanan dari Balai Polis Jeju Seobu telah digantung tugas bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung pengendalian kes berkenaan, lapor Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan (NPA).
Empat pegawai yang digantung tugas terdiri daripada ketua Balai Polis Jeju Seobu, ketua balai yang bertugas ketika Jang Mi-ran dilaporkan hilang, ketua bahagian siasatan serta ketua pasukan yang mengendalikan kes orang hilang.
Namun, pegawai polis yang kini menjadi tumpuan siasatan ialah pegawai yang dikenali sebagai Bu yang didakwa telah menutup secara palsu ratusan kes orang hilang tanpa mengesahkan keselamatan mangsa.

Artikel berkaitan: “Dah macam drama crime thriller” – 4 M*yat Ditemui, Polis Jeju Didakwa Tutup 200 Kes Orang Hilang
Artikel berkaitan: Pempengaruh Korea M*ti Lepas Buat ‘Live’ Di TikTok, Mayat Ditemui Di Kawasan Gunung
Pegawai polis diserbu wartawan
Dapat dilihat kes terbabit mengundang kritikan ramai, ditambah pula tular sebuah video yang memaparkan suspek diserbu sekumpulan wartawan dan ahli keluarga yang menuntut penjelasan.
Dalam video itu, pegawai tersebut dilihat diasak bertubi-tubi dengan pelbagai soalan berkaitan cara kes orang hilang itu dikendalikan, termasuk dakwaan bahawa kes berkenaan ditutup tanpa pengesahan sebenar mengenai keselamatan mangsa. Malah, pegawai itu diasak agar membuat permohonan maaf terhadap keluarga mangsa.
Setakat ini, NPA sedang menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan sama ada pegawai terbabit menjalankan tugas dengan sewajarnya, selain meneliti kemungkinan wujud kegagalan dalam aspek arahan dan pemantauan.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





