“Dalam dewan beza, mereka kata sedap” – Tular Video Nyanyi Lagu Dawai Sumbang, Ini Respon Sharifah Zarina

Music
21 Nov 2023 • 5:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Sharifah Zarina tampil memberikan respon berhubung dengan videonya menyanyikan lagu Dawai dalam satu program tular kerana dianggap sumbang.

Kata penyanyi lagu Langit Ke Tujuh itu, nyanyiannya tidak seteruk mana dan dia tetap berpuas hati dengan persembahan berkenaan.

Zarina menjelaskan yang dia ada membuat latihan dengan seorang guru vokal bagi memastikan nyanyiannya itu dapat disampaikan dengan baik.

“Saya diundang untuk menyanyi. Dari segi menyanyi, saya sudah buat yang terbaik dan saya sedar yang kini saya tidak lagi relevan sebab sudah lama menyepi.”

“Jadi apa yang mereka jangkakan? Saya rasa nyanyian yang disampaikan sedap sahaja, puas hati. Itu suara saya yang setelah sekian lama tiada jemputan. Kali terakhir pun saya menyanyi pada 2021. Jadi, terimalah suara off market saya.”

Tegasnya lagi, kualiti nyanyiannya berbeza dalam video tular dengan secara langsung di auditorium.

“Dalam dewan cara pendengaran berbeza, Mereka suka saya nyanyi, mereka kata sedap. Dalam dewan bunyi mikrofon dia lain dan di televisyen pula lain sebab apa-apa kelemahan akan dengar.”

Dalam pada itu, dia tidak berkecil hati dengan komen dan kecaman netizen, sebaliknya Sharifah Zarina anggap ia satu perkara yang melucukan.

Sumber : mStar. TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved