“Dalam hati Allah tahu” – Netizen Sebak Lihat Momen ‘Gelak Tawa’ Syamsul & Puteri Sarah Di Mahkamah

Entertainment
10 Apr 2023 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru sebentar tadi, peguam yang mewakilli pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa pengarah tersebut dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah capai sepakat untuk menyelesaikan tuntutan perceraian.

Menurut Berita Harian, Syamsul dan Puteri Sarah juga telah bersemuka membincangkan isu berbangkit mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi semalam.

image is not available

Susulan itu, pagi ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan 18 April ini sebagai tarikh untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah.

Video gelak tawa Syamsul & Sarah di mahkamah tular?

Dalam pada itu, tular sebuah video yang dikongsikan mStar di TikTok mempaparkan Syamsul dan Puteri Sarah dilihat sedang bergelak tawa ketika berada di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi video itu dapat dilihat Syamsul seperti sedang mengatakan sesuatu kepada Sarah dan ia dibalas dengan senyuman dan gelak tawa daripada kedua-duanya.

@mstarmalaysia

Momen gelak tawa Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana ketika di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sempat dirakam lensa kamera #syamsulyusof #puterisarahliyana #mstar

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

“Sedih tengok bila pernah bahagia and then berpisah”

Rata-rata netizen melihat video berkenaan meluahkan rasa sebak mereka akan perpisahan yang bakal berlaku antara kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, ramai yang mendoakan semoga Syamsul dan Sarah bahagia dengan cara masing-masing.

image is not available

Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka ya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.