“Dalam Hati Tiada Siapa Yang Tahu..” – Datuk Red Akui Hidup Tak Terurus Selepas Cerai, Berat Hati Lepaskan Datin Red

16 May 2024 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra digelar Datuk Red ini telah sah bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Hidup tak terurus

Kata usahawan ini, semenjak kemelut rumah tangganya bersama kedua-dua isterinya, Datuk Red mengakui kehidupannya sejak kebelakangan ini tidak terurus.

Mereka hanya nampak dari segi luaran. Hakikatnya dalam hati tiada siapa tahu. Setiap kali selepas solat, saya akan mengadu pada Allah SWT sambil menangis.

 

Banyak perkara menyedihkan berlaku dan kehidupan saya memang tidak terurus. Saya baru sahaja menyewa pejabat dan sebahagiannya menjadi tempat untuk saya menginap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abg.Red (@a.b.g.r.e.d)

Berat hati untuk bercerai

Sementara itu, bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi ini turut berkata keputusan untuk menceraikan Datin Red adalah tidak mudah.

Katanya, dia juga sudah cuba memujuknya untuk tidak meneruskan dengan perceraian tersebut namun tidak berjaya.

Berat hati untuk saya buat keputusan ini (bercerai), namun saya reda.

 

Saya sudah puas pujuk dan minta diberi peluang, malangnya rayuan saya tidak diterima dan perjalanan perceraian tetap diteruskan. Kalau saya tak lafaz cerai, takut lagi panjang cerita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Terdahulu, Datuk Red telah menceraikan isteri keduanya, Adira pada 24 April lalu. Untuk rekod, hasil perkahwinan Datuk Red dan Datin Red, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka mempunyai empat orang anak.

image is not available 2 days ago

“Tak Mahu Menyusahkan..” - Tahu Datuk Red Muflis, Datin Red Cerai Tak Tuntut Nafkah Sama Seperti Adira