“Dalam Hati Tiada Siapa Yang Tahu” – Datuk Red Luah Perasaan Panjang Lebar Buat Ramai Sebak

16 May 2024 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Datuk Red

Sebelum ini usahawan, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah sah bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Menurut laporan Xtra, Datuk Red mengakui kehidupannya tidak terurus sejak kemelut rumah tangganya bersama kedua-dua isterinya berlaku.

Mereka hanya nampak dari segi luaran. Hakikatnya dalam hati tiada siapa tahu. Setiap kali selepas solat, saya akan mengadu pada Allah SWT sambil menangis.

Banyak perkara menyedihkan berlaku dan kehidupan saya memang tidak terurus. Saya baru sahaja menyewa pejabat dan sebahagiannya menjadi tempat untuk saya menginap.

Keputusan untuk menceraikan Datin Red juga adalah tidak mudah kata bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi itu.

Berat hati untuk saya buat keputusan ini (bercerai), namun saya reda.

Saya sudah puas pujuk dan minta diberi peluang, malangnya rayuan saya tidak diterima dan perjalanan perceraian tetap diteruskan. Kalau saya tak lafaz cerai, takut lagi panjang cerita.

Sebelum ini, Datuk Red juga telah menceraikan isteri keduanya, Adira Suhaimi pada 24 April lalu. 

Hasil perkahwinan usahawan itu dan Datin Red, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka mempunyai empat orang anak.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.