Dalam Keadaan Wuduk, Guru Agama Meninggal Dunia Selepas Solat Isyak

25 Apr 2025 • 4:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang jemaah lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat Isyak dan mengikuti tazkirah tentang wakaf di sebuah masjib yang terletak di Parit Buntar, Perak, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Radzi Arab, arwah yang dipercayai guru Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian rebah secara tiba-tiba selepas melangkah keluar dari pintu utama masjid, dalam keadaan masih berwuduk.

Meninggal dunia selepas solat Isyak

image is not available

image is not available

“Permergian hamba Allah SWT selepas solat Isyak berjemaah. Malam Jumaat serta dalam keadaan berwuduk,” ujarnya.

Pemergian yang dicemburui

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham malah mereka mencemburui pemergiannya dalam keadaan penuh mulia.

image is not available

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman

Malah, ada seorang individu yang mengakui sahabat kepada arwah berkata, guru itu sering menghadiri majlis ilmu dan sangat menghormati golongan ulama.

image is not available

Dalam pada itu, ramai berharap arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan keluarganya kuat menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Sumber: Facebook @Muhammad Radzi Arab

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved