Dalam kereta pun boleh belajar agama – Amar Baharin

EntertainmentLifestyle
18 Nov 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dalam kereta pun boleh belajar agama – Amar Baharin

PETALING JAYA: Pelakon, Amar Baharin mendedahkan dirinya kerap menjadikan amalan menghafal ayat suci Al-Quran sebagai rutin sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari lokasi penggambaran.

Menurut Amar, amalan tersebut tidak memerlukan seseorang itu menghafal banyak ayat dalam sehari, selain yakin konsistensi dapat membantu seseorang individu menguasai sesebuah surah dengan baik.

“Satu perkara yang saya suka apabila menjalani penggambaran drama panjang, saya boleh manfaatkan masa dalam kereta, pergi dan balik kerja untuk menghafal surah.

“Cara saya mudah sahaja. Tidak perlu banyak pun, sehari dapat hafal tiga ayat pun sudah cukup. Yang penting konsisten. Sikit-sikit, lama-lama melekat,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Selain menghafal ayat suci Al-Quran, suami kepada pelakon, Amyra Rosli itu turut mengisi masa dengan mendengar perkongsian ilmu agama seperti hadis dan ilmu fiqah menerusi platform PROmediaTAJDID.

Dalam masa sama, Amar berpandangan amalan tersebut bukan sahaja mendekatkan seseorang itu dengan Al-Quran, malah dapat melatih diri untuk memanfaatkan masa dengan perkara yang baik.

“Kadang-kadang kita rasa tidak ada masa hendak belajar agama. Padahal masa itu ada, cuma kita perlu pandai manfaatkan.

“Tidak semestinya perlu tunggu waktu lapang. Dalam kereta pun boleh belajar sesuatu setiap hari. Sedikit tidak mengapa, asalkan istiqamah,” kongsinya.

Amar berkata demikian ketika memuat naik video dirinya mengalunkan bacaan surah As Sajadah semasa berada di dalam kereta sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

The post Dalam kereta pun boleh belajar agama – Amar Baharin appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved