Dalam Langkah Mengejut, Pengerusi Dan Juga CEO TheNoor Mengumumkan Peletakan Jawatan

TechnologyDigital
31 Aug 2024 • 8:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TheNoor merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan gaya hidup muslim, dan menawarkan akses kepada sejumlah informasi seperti waktu solat, al-Quran dan sebagainya dengan mudah melalui aplikasi yang direka kemas berkenaan. Selepas ditawarkan kepada umum sejak awal 2021 lepas, kini nampaknya syarikat sebalik aplikasi berkenaan mengalami perubahan pada pengurusan.

image is not available

Dalam langkah mengejut, pengasas dan CEO syarikat TheNoor, Mohd Izzairi Yamin mengumumkan telah melepaskan jawatan CEO TheNoor sejak awal Ogos 2024 yang lepas. Lanjutan daripadanya juga, kini bekas Mufti, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi TheNoor berkuat-kuasa 31 Ogos 2024, iaitu hari ini.

Sebab disebaliknya tidak dinyatakan buat masa ini. Ia juga tidak diketahui sama ada kerjasama TheNoor dan Maktabah Al-Bakri dalam bangunkan sistem AI untuk soal-jawab agama akan terjejas atau sebaliknya.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan tampuk pengurusan baharu aplikasi TheNoor ini.