Windows 11 Kini Boleh Menghidupkan Hotspot Pada Lebih Banyak Peranti Android

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua tahun lepas, Microsoft memberi akses eksklusif Phone Link kepada pengguna peranti Samsung untuk ia berfungsi seakan ekosistem antara Mac dan iPhone pada komputer Windows. Antara ciri ini adalah Instant Hotspot yang boleh mengaktifkan ciri perkongsian Internet pada peranti Samsung secara automatik untuk digunakan pada komputer Windows. Kini, tidak lagi terhad kepada Samsung kerana beberapa peranti Android lain mula menyokongnya.

image is not available

Ciri ini baru-baru ini ditemui boleh digunakan pada peranti OnePlus Open dan OnePlus 12. Ciri ini dikatakan tidak boleh digunakan pada semua peranti Android kerana ia bukan sahaja memerlukan aplikasi Link to Windows yang boleh dimuat turun di Play Store, sebaliknya ia memerlukan Link to Windows yang terbina dalam sistem Android peranti. Setakat ini hanya Samsung, Oppo, OnePlus, realme dan Honor sahaja mempunyai ciri ini tetapi Instant Hotspot masih terhad pada dua peranti OnePlus ini sahaja.