“Dalam majlis, bola tolak tepi” – [VIDEO] Pertemuan Mesra TMJ & Sanusi Di Istana Negara Curi Tumpuan Netizen

Entertainment
23 Feb 2024 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan dua individu berpengaruh, iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi telah menarik perhatian ramai.

Ini disebabkan kedua-dua individu berpengaruh ini pernah menghangatkan media sosial kerana mereka antara seteru terhangat dalam dunia bola sepak negara.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sempat meminta izin untuk bergambar bersama TMJ, pemilik JDT sebelum mereka berbual antara satu sama lain.

Rata-rata yang melihat perkongsian video itu memuji kedua-dua mereka menunjukkan sikap profesional dan masing-masing mengetepikan kepentingan diri ketika bertemu di Istana Negara.

Malah, ada juga yang merasakan mereka sudah tidak lagi bermusuhan kerana kedua-dua individu berpengaruh tersebut sempat bergurau senda.

image is not available image is not available

Difahamkan, Sanusi hadir dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 itu bagi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam pertemuan yang turut mengumpulkan Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri pada Rabu.

Permusuhan antara kedua-dua difahamkan tercetus ketika Menteri Besar Kedah itu memegang jawatan berkenaan pada 2021 dengan jurang mereka tidak begitu besar pada waktu berkenaan.

Pertelingkahan itu bagaimanapun senyap tahun lalu selepas KDA FC tidak lagi dimiliki penuh oleh KFA setelah kehadiran usahawan tanah air, Tan Sri Mohd Daud Bakar mengubah struktur pengurusan kelab.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article