"Dalam Penjara Pun Boleh Share MV Lagu Kempen!" - Najib Kongsi Lagu Baru "Cukup Sekali"! Ada Noki, Lah Ahmad & Cat Farish!

7 Nov 2022 • 2:14 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Semua sedia maklum, bekas Ahli Parlimen Pekan Najib Razak sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan dalam dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Biarpun di dalam penjara, akaun media sosial beliau masih bergiat aktif.

Sempena PRU-15 tak lama lagi, Najib Razak baru sahaja memuat naik satu video klip lagu bertajuk "Cukup Sekali" yang menampilkan tiga artis terkenal negara iaitu Noki K-Clique, Lah Ahmad dan Cat Farish!

Lagu terbaru itu ternyata berjaya mendapat perhatian netizen. Bahkan ada yang rasa janggal kerana Bosskur tidak bertanding pada PRU kali ini. Ada juga yang mempersoal tentang akses yang diberikan kepada Najib biarpun bergelar banduan.

Apa-apa pun, kita sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab jangan lupa untuk turun mengundi nanti ya!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved