
Penyanyi dan penulis lagu Osem Han, melancarkan lagu terbaharu berjudul Masih Bisakah sebagai respons terhadap peningkatan isu perceraian dan ketegangan dalam hubungan rumah tangga yang sering menjadi perhatian ramai.
Menurut Osem, karya ini tercipta sebagai refleksi terhadap realiti kehidupan rumah tangga yang tidak selalu indah, apatah lagi dengan wujudnya media sosial yang memberi ruang kepada lebih banyak masalah peribadi untuk dibincangkan secara terbuka.
“Terlalu banyak isu perceraian sekarang ini. Mungkin dulu kita jarang mendengar tentang masalah rumah tangga secara terbuka, tetapi dengan media sosial, isu ini semakin meluas dan mendapat perhatian ramai.
"Itulah sebabnya saya menghasilkan lagu ini, untuk memberi pengajaran dan membuka mata tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan berpasangan," katanya.
Keikhlasan perhubungan
BERITA TRENDING: Impian Gabung Pemuzik 3 Negara Tak Kesampaian, Osem Han Teruskan Supernova Secara Solo!
Pengalaman sendiri
"Mungkin ada kaitannya dengan kehidupan saya dan isteri saya. Saya ingin memberi peringatan bahawa dalam perkahwinan, tidak semuanya sempurna. Ada fasa-fasa indah, tetapi ada juga cabaran besar yang perlu dihadapi bersama," tuturnya.
Bukan lovey-dovey
“Saya cuba elakkan lagu ini daripada menjadi terlalu ‘lovey-dovey’. Ini adalah tentang realiti hidup. Saya mahu pendengar rasa seolah-olah mereka sedang bercakap tentang kehidupan mereka sendiri," tambahnya.


