Dalam proses memujuk untuk rakam semula lagu Sisa Rasa, Mahalini letak syarat – Rizky Febian

EntertainmentMusic
29 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dalam proses memujuk untuk rakam semula lagu Sisa Rasa, Mahalini letak syarat – Rizky Febian

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Rizky Febian mendedahkan dia masih berusaha memujuk isterinya, Mahalini untuk memberikan keizinan bagi menghasilkan semula lagu, Sisa Rasa.

Menurut Rizky, dia berharap dapat membawakan lagu tersebut untuk peminat di Malaysia, namun hasrat itu masih bergantung kepada persetujuan Mahalini.

“Tolong pujuk Ibu Mahalini, ya! Tolong tag dia nanti. Sekarang ini saya masih dalam proses memujuk isteri. Saya baru sahaja memuat naik video di TikTok dan meminta orang ramai membantu memujuk Mahalini.

“Dia turut letakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Jadi, doakan sahaja. Saya pun baru bercakap mengenainya hari ini. Harap-harap saya mendapat keizinan untuk melancarkan Sisa Rasa,” katanya.

Rizky berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Alamak tersebut memberitahu permintaan peminat Malaysia menjadi antara sebab dia mahu mempersembahkan lagu berkenaan.

“Pasaran muzik saya di Malaysia sangat besar. Setiap kali saya melancarkan lagu, peminat di Kuala Lumpur antara yang paling awal memberikan perhatian.

“Malah, ada lagu lama saya yang tiba-tiba kembali tular selepas saya pulang daripada mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

“Begitu juga dengan Sisa Rasa yang kini hangat diperkatakan. Ramai peminat Malaysia meminta saya membawakannya semula di sini,” kongsinya.

Sementara itu, penyanyi yang berasal dari Indonesia tersebut turut merancang beberapa kejutan istimewa buat peminat setianya pada malam konsert yang turut menampilkan penyanyi jemputan, Nadhif Basalamah itu nanti.

“Saya seorang yang cepat bosan, jadi banyak susunan muzik akan diubah. Kami juga menyediakan beberapa kejutan dari segi muzik. Insya-Allah, kalau mendapat keizinan isteri, saya juga boleh membawakan Sisa Rasa,” ujarnya.

Konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 29 November ini.

The post Dalam proses memujuk untuk rakam semula lagu Sisa Rasa, Mahalini letak syarat – Rizky Febian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved