Kerjasama kita, satukan hubungan dua negara – Rizky Febian

Music
29 Oct 2026 • 12:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerjasama kita, satukan hubungan dua negara – Rizky Febian

KUALA LUMPUR – Kesetiaan peminat di Malaysia membuatkan penyanyi popular dari Indonesia, Rizky Febian tidak sabar untuk kembali beraksi di negara bertuah ini.

Menurut Rizky atau nama lengkapnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 28, biarpun jarang membuat persembahan di Malaysia, namun peminat-peminatnya di sini tetap setia dan sentiasa menanti kehadirannya.

“Walaupun mungkin setahun sekali atau selang beberapa tahun saya buat persembahan di sini, mereka tetap setia.

“Mereka sering ‘DM’ saya dalam media sosial dan bertanya terus dengan pihak pengurusan bila saya akan ke Malaysia lagi.

“Kadang-kadang jika saya ke Kuala Lumpur untuk bercuti, jika ada kesempatan saya akan curi waktu untuk bertemu mereka di sini,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Malam Rawan Diorama Rizky Febian semalam.

Tambah pelantun lagu Alamak itu, ketegangan yang berlaku dalam kalangan netizen Malaysia dan Indonesia baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan tembok penghalang buat karyawan dua negara.

“Kita saling menyokong antara satu sama lain dalam bidang muzik. Harapan saya agar kerjasama dalam bidang muzik boleh memberikan impak positif serta menyatukan dua negara.

“Saya hadir ke Malaysia dengan hati yang tulus. Saya juga sangat bangga dengan artis dari Malaysia kerana mereka mempunyai karya dan suara yang sangat bagus.

“Saya juga sempat berkongsi dengan orang-orang di Indonesia tentang penyanyi Malaysia yang sangat bagus yang perlu diberikan perhatian,” jelasnya.

Rizky juga dilihat sempat menghiburkan peminatnya dengan membuat persembahan ‘busking’ di lokasi tumpuan ramai, Bukit Bintang malam tadi.

Suami kepada penyanyi Mahalini itu bakal beraksi dalam konsert Malam Rawan Diorama Rizky Febian yang akan berlangsung pada 29 November depan bertempat di Zepp Kuala Lumpur selepas kali terakhir beraksi di sini pada 2023. – KOSMO! ONLINE

The post Kerjasama kita, satukan hubungan dua negara – Rizky Febian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved