“Dalam ring berlawan, luar berkawan” – Telatah Atlet Sukma Pelbagai Negeri Berseronok Buat Orang Ramai Tersengih

Entertainment
25 Aug 2024 • 3:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sukan Malaysia 2024 (Sukma 2024) di Sarawak telah pun melabuhkan tirainya semalam. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang mengharumkan nama negeri masing-masing. Tidak lupa juga untuk masa depan sukan-sukan negara kita, banyak pelapis yang mula menyinar untuk mewakili negara satu hari nanti.

Dalam keghairahan sambutan penutup Sukma di stadium, venue-venue lain turut tidak melepaskan peluang meraikan atlet-atlet dari negeri lain yang bertandang ke Bumi Kenyalang. Selaku tuan rumah, Sarawak menyajikan pengalaman yang cukup berharga kepada mereka. Salah satu venue yang meriah meraikan semua atlet ialah tinju. Korang tengok video @brina_mahlar macam mana semua atlet berseronok sebelum pulang ke negeri masing-masing.

Dalam ring berlawan, luar berkawan

Seronok betul ye atlet-atlet kita meraikan habisnya acara. Menang kalah memang tolak tepi dulu, yang penting semangat kesukanan tu tetap kukuh dalam kalangan atlet dan jurulatih walaupun berlainan negeri.

image is not availableBetul, sukan menyatukan semua. Macam waktu Olimpik haritu, tak kira bangsa atau negeri apa, semua bersorak untuk atlet negara kita.

image is not availableKannn… min nampak gak coach pun join sekali. Memang sporting habis coach bagi anak buah dia enjoy lepas habis game.

image is not availableWaktu dalam gelanggang berlawan lah secara profesional, habis game enjoy lah sama-sama kan. Nilai persahabatan tu yang mahal sebenarnya.

image is not availableDah nama pun pertandingan, mesti ada yang menang dan kalah. Apa-apa pun enjoy dulu sebelum balik negeri masing-masing sambung training.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.