Dalamkan sungai cetek mampu elak banjir, bina benteng sahaja tidak memadai – Sultan Pahang

LocalEnvironment
2 Jul 2026 • 3:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menegaskan bahawa usaha mendalamkan sungai-sungai yang semakin cetek di negeri ini perlu diberi keutamaan kerana pembinaan benteng sahaja tidak mencukupi untuk menangani masalah banjir.

Bina benteng saja tak memadai

Image from: Dalamkan sungai cetek mampu elak banjir, bina benteng sahaja tidak memadai – Sultan Pahang

Memetik laporan Utusan Malaysia, baginda bertitah, sungai yang dipenuhi kelodak dan mendapan mengakibatkan paras air meningkat sebelum mudah melimpah ke kawasan penempatan walaupun benteng telah dibina pada ketinggian tertentu.

“Saya sering menekankan bahawa mana-mana kampung atau bandar yang terletak di sepanjang sungai perlu memastikan sungai yang melaluinya didalamkan. Setinggi mana sekali pun benteng dibina, ia tidak berguna jika sungai dipenuhi kelodak dan terus menjadi cetek.
“Sungai-sungai kita semakin cetek dan akhirnya air melimpah ke kawasan sekitarnya. Ini formula yang sangat mudah, tidak perlu sains roket untuk memahaminya,” titah baginda ketika merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Lembing bernilai RM6 juta di sini, hari ini.

Image from: Dalamkan sungai cetek mampu elak banjir, bina benteng sahaja tidak memadai – Sultan Pahang

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan atas peruntukan besar yang disediakan bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di Pahang, termasuk Projek Tebatan Banjir Sungai Lembing bernilai RM100 juta yang dijadualkan siap pada awal tahun depan.

Menurut baginda, pelaksanaan projek berkenaan amat signifikan memandangkan Sungai Lembing merupakan antara kawasan yang hampir setiap tahun berdepan bencana banjir.

Artikel lain: Sultan Pahang tegur pemimpin ubah pendirian ikut musim, tabur janji lupa tanggungjawab

“Kalau hendak tahu sama ada Pahang akan banjir atau tidak, lihat dahulu Sungai Lembing. Jika Sungai Lembing banjir, besar kemungkinan Kuantan juga banjir. Itulah penanda aras yang telah lama digunakan di Pahang,” titah baginda.

Sebelum ini, baginda turut menggesa supaya kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai di seluruh Pahang dipercepatkan berikutan masalah mendapan yang menyebabkan beberapa batang sungai menjadi semakin cetek, sekali gus meningkatkan risiko limpahan air ketika musim hujan.

Sumber: Utusan Malaysia (Khairulmizan Yahya)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved